Ringkasan Eksekutif
KUALA KANGSAR TREES INFORMATION SYSTEM (KK3) merupakan satu sistem yang dibangunkan bagi merekodkan maklumat pokok di sekitar Kuala Kangsar. Sistem ini merupakan Pusat Penyimpanan Maklumat Bersepadu Pokok di MPKK. Maklumat asas pokok mudah diperolehi dengan kemudahan kemaskini maklumat menggunakan tablet yang dihubungkan melalui rangkaian telekomunikasi ke pelayan. Pengguna mampu mengemaskini maklumat status pokok dengan lebih cepat dan tepat. Paparan maklumat dalam format GIS juga boleh dicapai melalui internet serta boleh diubahsuai mengikut keperluan pengguna.
Bahagian Landskap,
Jabatan Perancang Bandar dan Landskap (MPKK)